Rabu, 26 Disember 2012

:: BUSY 31 hari di bulan DISEMBER VS en husband BUSY 365 hari tahun 2012 ::

Assalamualaikum....

Fuhhh...padat..rapat...ketat.... ehh, lain macam sudah bunyinya ni. hehehe, Bukan nak melucas disini ye kawan-kawan cuma saya nak share hectic rutin di setiap bulan Disember tiap tahun . Beginilah ghupanya sampai somput den di buek eh..Penatt sangat hokeyy... hari ni baru boleh tarik nafas sikit, sikit je ye... belum pulih sepenuhnya sehingga berakhir bulan Januari. Harap- harap segala yang di rancang untuk tahun 2012 berakhir dengan KEJAYAAN aminnnn.

Bercerita pasal kesibukan merancang masa depan yang lebih baik ni....... wife ada lagu special untuk en husband ... jOm kita nyanyi lagu sama-sama nak en husband .


DULU LAIN SEKARANG LAIN

** (Chorus)
Dulu lain sekarang lain
Dahulu bujang sekarang dah kawin
Dulu lain sekarang lain
Dahulu dok sama sekarang berjauhan
Dulu lain....sekarang lain......

Cintaku yang pertama .........tak kesampaian
Berjumpa pula dengan en Husband
Baik budi, ramah. sopan
Seorang di utara seorang di selatan
Duduklah berjauhan

Haiii la.......en husband dah nasib kita agaknya. tene..ne..ne..ne..ne...ne....te ne..ne..ne...nee...nee...(**chorus)

Mencuba juga untuk terus hidup..... bersama
Panjat dan terus kedepan minta bantuan
Sampai sekarang tiada jawapan
Dok langut saja la tunggu jawapan.....

Begitulah harapan........ tene..ne..ne..ne..ne...ne....te ne..ne..ne...nee...nee..(**chorus)


Telefon sajalah jalin hubungan....
Seorang HTC seorang GALAXY S|||
Wife masih tak puas hati
Sebab en Husband busy 365 hari tahun ini.........
Tak guna jugaklah telefon canggih cenggini......

 tene..ne..ne..ne..ne...ne....te ne..ne..ne...nee...ne..neee

Dulu lain....sekarang lain.......
en Husband Ooooiiiiii........


Lirik: Puanwife@

Jumaat, 16 November 2012

:: DUNIAWI oh DUNIAWI ::

Assalamualaikum.......

Sekarang ni tengah sibuk pilih baju yang akan di letakkan di friendly fashion. Aduhhh, pilih-pilih tetiba rasa sayang...simpan balik. Itulah dia sifat buruk manusia, bak kata pepatah my MIL punya mak cakap....... NAK BUANG SAYANG.....NAK BAGI KAT ORANG KEDEKUT huhuh :P. Haiishhhh....kalau macam ni sampai bila pun tak kan jadi friendly. Alih-alih....penuh balik almari rumah ni. Sib baik ada 3 buah rumah...itupun tiga-tiga penuh dengan kain baju. Duniawi...oh duniawi.

Tak cukup lagi tu..........tambah pulak lagi tadi. Yang ada pun belum berkesempatan nak bukak dari plastik. Ya Allah, membazir betul la kau ni.... bukan salah wife ye, en husband yang tak nak bawak jalan-jalan gi dating........kalau tak ke Carrefour ke Jusco Balakong la gamaknye. Bila kaler nak pakai baju-bajan yang dah beli banyak-banyak tu. Walau apa pun alasan yang di beri..................... wife sama sekali tak setuju !!!!!!!!. Nak pergi THE CURVE hokeyyyyyy.........

Buat en husband yang setiap hari rajin membaca blog wife kesayanganmu ini.......sila ambil tindakan ye. Sekian, wabillahi taufik wahidayah......wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh T___________T.

Isnin, 12 November 2012

HAS LAUNCHED my FRIENDLY FASHION

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz bismillahirrah manirrahim..... saya telah melancarkan column My Pre-Loved Items untuk dijual.Anda boleh singgah ke link yang di beri atau boleh melihat melalui side bar yang telah disediakan. Actually, banyak baju yang masih dalam pertimbangan untuk di let go..... semuanya hasil dari tabiat pembelian saya yang tidak dapat di kawal sejak dari dulu lagi. adusss..... my bad. Tipu ok....heeheh,  itu semua sifat syaitan nir rajim!! Insya Allah, saya akan berbelanja mengikut keperluan T____________T. All items in a very good condition malah ada yang tengah "in" dan masih belum di pakai lagi antaranya peplum blouse / Kimono Cardigan Wrap / Blouse Chiffon Navy - Polka Dot yang akan di update sebentar sahaja lagi...ecewaahhh.

Sebab-sebab items dijual kerana condition pada fizikal saya yang telah menghalang saya untuk terus-terusan memakainya.........saya sudah berusaha keras untuk mengekalkannya tapi, seperti menangguk air yang keruh !!!. Well, enough said........please do come in to :: mY Pre-Loved Items ::


Happy Shopping !!!!!!!

- puanwife -

Isnin, 8 Oktober 2012

HAK ISTERI dalam PERKAHWINAN menurut AL QURAN dan SUNNAH

Bismillahirrahmanirrahim.....


Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:

Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.

Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.


Oleh:
Robiatul Adawiyah Mohd
Kolej Universiti Islam Malaysia

HAPPY 1st ANNIVERSARY year 2012

chuppp !!! comercial break kejap.asyik citer pasal haneymoon sana sini je...beri laluan pada tuan tanah utk bercerita tentang rentetan sambutan anniversary nya...waktu wife buat entry ni, wife baru je balik bercuti dengan en husband di Sentosa Island, Singapore. Lepas ni ada lagi 2 trip percutian yang masih KIV. Wahhhh macam hebat je kan??? sambutan anniversary June lepas, sekadar ucapan sms ringkas dari kami berdua saja...tiada hadiah untuk kategori individu, tetapi en husband decide untuk hiburkan hati dengan membawa puanwife melancong , sebagai reward pada diri masing masing.


Terima Kasih en Husband
 
mengimbau detik 365 hari yang lepas, iaitu tanggal 05/06/2011, seorang dara dan teruna

teruna & dara


Disatukan menjadi suami dan isteri yang sah setelah terjerat dalam percintaan cinta kilat mereka




ya cinta kilat... kerana mengambil masa yang singkat untuk mengakhiri hubungan mereka dengan majlis merisik kepada bertunang seterusnya perkahwinan. Mereka kenal atas dasar kawan pada 18.09.2009 iaitu tarikh si dara mula mengenakan hijab. Dari situ si teruna mula usik si dara. Banyak insiden yang menggelikan hati bila sang teruna cuba untuk approach si dara . Bayangkan, tiba-tiba je ada hamper raya atas meja beserta ucapan raya yang tertulis no telefon sang teruna.Rasa seperti di permainkan oleh teman  sepejabat sebab si dara telah mengenakan hijab sepenuhnya....oh skill murid2 dijadikan medium utk mengeratkan silaturrahim (please...dont try this at home) wife tak tau en husband ciplak idea dari mana. Sungguh tak ku duga.....dan dari situlah, bermulanya episod dara dan teruna... bila difikirkan balik mungkin itulah hikmahnya si dara di hantar oleh Allah swt untuk tergerak hati bekerja di sektor awam. Walaupun pelbagai rintangan yang melanda sebelum disatukan, tetapi berkat kesabaran sang teruna, mereka diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang cukup sederhana......


yeaahh..... kami bahagia !!!


 Alhamdulilah...selama setahun bergelar isteri kpd EN HUSBAND puanwife tidak pernah menyesal dengan tindakan cinta kilat kami.Buktinya... berat badan kami pun BERTAMBAH bahagia !!!!!yeaaahhhh....... pada en husband HAPPY 1st ANNIVERSARY. terima kasih kerana
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: menjadi suami terhebat utk sayang :::
"
"
"
"
"
"
"
"
::: menjadi imam kpd sayang :::


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: sanggup susah dan senang bersama :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: tahan dengan kerenah sayang :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: jaga sayang ketika sakit demam :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: paling best...bawa sayang jalan-jalan :::



  Lots of Luv,
- mrs eLLaida -