Isnin, 1 Oktober 2012

DAY 1 - 1st ANNIVERSARY at UNIKNYA SINGAPURA

Assalamualaikum....

Yeaahaaaaaaa...... honeymoon lagi untuk kali kedua di Uniknya Singapura !! Percutian singkat selama 3hari 2 malam adalah hadiah yang paling istimewa dari en husband untuk puanwife sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami bagi tahun pertama pada bulan June lepas,macehhhh en husband. Alhamdulillah...syukran, semoga Allah terus memberkati hubungan ini.........

Perjalanan kami dimulakan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan memandu pacuan empat roda yang mengambil masa kira-kira 4jam termasuk berhenti  di R&R Pagoh. Kami memilih Tune Hotel, Danga Bay sebab ianya ada menyediakan bas ke Universal Studio Singapore (USS) dengan harga yang berpatutan.

Tune Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan Danga Bay

Tiket Bas untuk ke USS

Free Gift dari Tune Hotels

Kami sarankan anda membuat tempahan online untuk pakej penginapan dan juga bas ke USS kerana ianya lebih murah berbanding harga "walk in". Rajin-rajinla ke website Tune Hotel kerana mereka selalu memberi harga promosi dengan nilai serendah MYR8.00 /night. 

Setelah check in, kami berehat sekejap sebelum meneruskan agenda kami mengikut itenerary yang telah di sediakan oleh puanwife sendiri. Kami mulakan pengembaraan ke Orchard Road melalui JB Sentral - City Square Bridge - Singapore mengikut tips dari Mohdzaid.com . Tapi puanwife ambil bas CW5 ke Newton dengan harga tambang MYR2.50 / person. 


Tadaaa.... inilah dia Orchard Road. Pheeewwiiitt, encemnya en husband ni.
 Kemudian kami ke Raffles Place untuk melihat icon Singapura Merlion. Dekat Stesen Raffles ni, kita boleh view Esplanade, Merlion dan Marina Bay Sands seperti dekat bawah ni.......

Merlion Park di Stesen Raffles Place


Nampak tak kat atas tu..... itulah Marina Bay Sands


Bugis Street untuk shopping sebagai tanda kenang - kenangan

Dah penat berjalan seharian sampai ke malam.... duit pun dah habis berbelanja kami pun balik ke hotel dengan menaiki bas Express Singapore -Johor tidak jauh dari Bugis Street. Harga tambang SGD 2.40........ lebih kurang MYR 6.00 duit kita. 


Ini adalah Map MRT & LRT sebagai rujukan


Malamnya kami jalan-jalan sekitar Johor untuk supper... Kalau anda ke Johor, destinasi yang harus anda cuba adalah gerai makanan Kacang Pool Haji. Gerai makanan yang paling popular di Johor.


Kacang Pool Haji....mesti cuba !!!


Inilah menu Kacang Pool... haa, mesti korang ingat pulut kacang kan???? wife pun sama....... hua..hua...hua.... harga sepinggan MYR 4.00 sahaja.


Okey.... next entry, puanwife akan kongsikan bersama pengalaman seharian di Universal Studio pula, stay tuned!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai..baca je?? komen la sikit....... (",)