Disini puanwife ingin berkongsi info yang sangat berguna untuk anda semua.... masih ramai di kalangan wanita di luar sana masih belum atau kurang memahami tentang kitaran haid yang sering di ajukan pada puanwife. Ehem..ehem..untuk makluman saya bukan seorang doktor pakar sakit puan ye, saya cuma seorang graduan lulusan IT yang mendapat kepujian dalam subjek sains,SPM 2001. Hua....hua..hua..hua...
1) Untuk memudahkan mendapat zuriat
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period) ** |
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Katalah kitaran period anda 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya. Tak faham nak kira??? tak payah pening kepala...... boleh semak dekat entry sebelum ni. Mudahkan ????. Fuhhh.... lega.