Rabu, 1 Ogos 2012

KAFEIN itu PEMBUNUH janin !!!!!!!!!!!!

Hampir setahun pengalaman keguguran, ketika itu janin baru berusia 2 bulan..... perkara itu sedikit pun tidak melemahkan semangat puan wife untuk mencari punca keguguran itu terjadi. Fobia....trauma.....terkejut.... takut dan seribu satu macam rasa masih menghantui diri ini. Takut kalau-kalau perkara yang tidak di ingini berlaku lagi.......

Apa yang aku makan?? apa yang aku dah buat?? semuanya berlegar-legar dalam kotak fikiran ni...... bila rujuk pada doktor, punca keguguran adalah disebabkan oleh janin itu "cacat" atau tidak sehat... maka sistem dalam badan kita menolak atau erti kata lain tidak boleh menerimanya...........

Itu kata-kata penerangan dari doktor itu sendiri....tapi sebagai ibu yang mengalaminya tidak boleh menerima jawapan tadi. Sebabnya apa pula punca terjadinya janin itu "cacat" ??? Inilah persoalan yang sangat-sangat menyesakkan dada dan kepala otak ni. Sebelum bersedia untuk hamil semula banyak kajian yang telah di lakukan sendiri hasil dari google dan membaca akhirnya......... satu jawapan yang amat pasti rupanya AKULAH pembunuh janin itu sendiri.... bukan KAFEIN !!!

Apesal kau cakap macam tu???.... kerana aku adalah nescaffe addicted. Walaupun telah berkali-kali en husband menasihatinya.... aku tetap berkeras. Iyalah... nonsense!!!mana mungkin kafein adalah penyebabnya....macam tak logik dek akal je. Betul tak nescafe addicted yang lain??? eheheh , Maafkan saya en husband........ itu bukan salah saya sepenuhnya, tapi KAFEIN itu sendiri. Sehari tidak pekena nescafe terasa kehilangan sesuatu....ia adalah sejenis virus yang  telah melemahkan sistem imune dalam tubuh badan saya rupanya.......... haishhh.

Di sini, puan wife nak kongsikan sedikit hasil dari google dan pembacaan berkaitan risiko keguguran akibat pengambilan kafein.Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.Pengambilan kaffein yang tinggi juga dikatakan boleh menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ (iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar /scrotum). (Walaupun kajian ini dikatakn sedikit lemah, tak bermaksud boleh dipendang sebelah mata ) . Bukan itu sahaja, penggemar minuman ber'kaffein" ni akan mengalami masalah kesuburan !!!!. Kajian lain juga menunujukkan wanita yang mengambil 200 mg lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat juga boleh menyebabkan keguguran.Hisshhh.... seramnyeeee.

Amacam??? ngeri tak baca statement tadi?? Maka terjawablah sudah pada ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan puan wife.So, apa tunggu lagi jom kita pakat ramai-ramai hentikan minum minuman ber'kaffein' ni. Ianya memang totally tidak bagus pada mereka yang merancang untuk hamil dan juga kesihatan kita............. semoga puan wife dan anda semua berjaya!!! aminnn.....




2 ulasan:

  1. kopi tu nk kata xbagus..nape yahudi bukak starbuck dan yg seangkatan dgnnye? knp puak2 arab menghidangkan kopi utk tetamunya? knp kaum cine sgt suke minum teh? tepuk dada tanya minda....selamat beramal......

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama @;

    Terima Kasih atas comment anda tadi.... kalau kita nak bercerita pasal puak yahudi memang tak akan abis, sama juga kalau kita kupas isu unhealthy food macam mc'D, KFC dan sebagainya.... walaupun telah berkali-kali kempen dari doktor pakar mahupun kerajaan,tetapi kanak-kanak dan kita tetap suka makan juga. Begitulah juga cerita kaffein tadi, ianya bukan "haram" untuk di minum tetapi tidak di galakkan untuk ibu-ibu yang ingin hamil. Selebihnya boleh rujuk entry dari drzubaidi.com

    Selamat membaca......

    BalasPadam

hai..baca je?? komen la sikit....... (",)