Assalamualaikum ... Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Entry wife pada kali ini adalah sekadar ingin berkongsi dengan para ibu - ibu dan bapa di luar sana yang sedang merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga yang sedia ada mahupun kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tentang cara-cara untuk menentukan jantina bayi anda melalui Kalendar Kuno Cina.
Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam)

Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 29 tahun, pilihlahannya adalah bulan Febuari / Mei / Jun / Julai / Ogos / Sept dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Ada juga cara moden untuk menentukan jantina anak melalui pemakanan, insyaAllah ada masa puanwife akan kongsi bersama ye.....
Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat..... Selamat mencuba
Kalendar Kuno Cina |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hai..baca je?? komen la sikit....... (",)