Alhamdulillah... konfem puasa hari Sabtu nih 21hb Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H. Pengumuman puasa yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi akhirnya terjawab sudah.... So,macam mana korang ?? agak-agak ingat lagi tak niat puasa macam mana? mesti ingat-ingat lupa ye tak?? Ermm.. sama denganlah dengan yang menulis entry ni. Kat bawah ni puan wife ada tampalkan lafaz niat puasa dan senarai waktu imsak dan berbuka untuk en husband di perantauan. Jom niat puasa sama-sama. Selamat berpuasa semua!
Niat puasa Ramadhan :
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Lafaz niat : Nawaitu sauma sahri ramadhana kullihi lillahi ta’’ala
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa berbuka puasa
Lafaz Doa : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa : Allahhumma lakasumtu wabika amantu wa’ala rizqika afthartu zahabazzama ‘u wattallatiluruku Allahummainni asalukaan taghfiroli birahmatikallati wasiatkullashaiin…
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja :
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara keseluruhannya dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan) sehingga akhir ramadhan.
Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.
Selamat Berpuasa Dan Selamat Mengerjakan Solat Tarawih Kepada Semua Umat Islam. Next entry nanti puan wife akan post kan waktu imsak dan berbuka ye.... Selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hai..baca je?? komen la sikit....... (",)