Jumaat, 31 Ogos 2012

MUNGKINKAH en HUSBAND


Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...



Selasa, 28 Ogos 2012

tentukan JANTINA ANAK melalui KALENDAR CINA

Assalamualaikum ... Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Entry wife pada kali ini adalah sekadar ingin berkongsi dengan para ibu - ibu dan bapa di luar sana yang sedang merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga yang sedia ada mahupun kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tentang cara-cara untuk menentukan jantina bayi anda melalui Kalendar Kuno Cina.

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam)
Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 29 tahun, pilihlahannya adalah bulan Febuari / Mei / Jun / Julai / Ogos / Sept  dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Ada juga cara moden untuk menentukan jantina anak melalui pemakanan, insyaAllah ada masa puanwife akan kongsi bersama ye.....

Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat..... Selamat mencuba

Kalendar Kuno Cina


Isnin, 27 Ogos 2012

musim BANGGA dilahirkan dengan JARI PANJANG

Assalamualaikum... apa khabar to all readers out there?? harap sehat la hendaknya...... family dan sanak saudara puanwife telah diserang food poisoining, muntah-muntah, cirit sampai demam.La ni dengar-dengar semuanya MC arini melepet (terbaring lembik) kat rumah.....kasihan dia lho. Agaknya apalah cerita korang semua erk?? almaklumla.... puanwife tak do WHAT's APP la katakan.

Balik kampung raya tahun ni.... puanwife telah dikejutkan dengan budaya WHAT's APP. Psssstttttt..........apa itu?? cehh, nampaknya ada juga yang tak tahu pasal ni, hahaha... tak do la den ghaso malu bonar. Kalau dulu orang bangga pakai Blackberry boleh sembang and Facebook free sekarang tibalah pula giliran si jari panjang....dah tak guna ibu jari lagi dah nak taip keypad ye. Di kampung puanwife dari budak hingusan sehinggalah yang berusia semuanya berbangga ditakdirkan lahir dengan jari panjang cuma puanwife seorang je yang masih berbangga ada lima jari...syukur alhamdulillah.heheheh,WHAT's APP ni menghubungkan sesama mereka yang mempunyai telekomunikasi Android. Kat situ kita semua boleh sembang ramai-ramai dalam satu masa dengan symbol icon yang menarik secara percuma. pergh !!!! petama kali dapat tahu pasal ni teruja sungguh puanwife. Patutla I message u olls semua tak reply... jimat kredit rupanya keluar TOK LEH nih, cetttt. So, daripada puanwife membazir kredit nak tanya seorang2 pasal kesakitan yang ditanggung oleh mereka....baiklah puanwife " WHATs UP " en husband je.....huhuhu, puanwife pun nak jimat jugak!!!Moga kalian semua cepat sembuh.....

Rabu, 8 Ogos 2012

ovulation CALENDAR | CALCULATOR untuk RANCANG KEHAMILAN

Assalamualaikum..... hai readers blog mrs eLLaida. Sehat ke?? puanwife harap u olls semua sehat-sehat la hendaknya ye. Hari ni puanwife rasa macam tak best je... mood macam swing dari pagi tadi. Macam dah agak je siapa yang nak datang jumpa ni.Hai laa.... cik "P" bila la kau nak cuti sembilan bulan ni??? sibuk je la datang jumpa aku tiap-tiap bulan, malas betul rasanya nak layan kau !!.

Kepada sesiapa yang merancang kehamilan, bolehlah buat kira-kira sendiri berdasarkan cycle masing-masing dekat lady timer ni..... dengan adanya calculator dan calendar ni, kita tak payah la nak risau sangat samada kita dah lewat atau belum. Tak payah nak bazir duit beli test kit banyak-banyak hanya untuk uji kehamilan yang kadang kala kita sering terkeliru dengan simptom-simptom kehamilan dan juga period . Caranya mudah saja, kita hanya masukkan Last Known Period Date dan Cycle Lenght. Kebiasaannya kiraan yang dibuat oleh puanwife adalah tepat, yang penting kita perlu tahu cycle lenght kita yang betul. Calendar ni  juga bagus untuk mereka yang mahu menjarakkan kehamilan.

Selain dari Lady Timer ni.. puanwife suka juga buat kiraan dekat ovulation calculator baby center sebab dia ada keluarkan sekali tarikh due date kita bersalin. Macam syok je..... huhuh :P. Selamat mencuba.......

DOA untuk ELAK dari SANTAU MAKANAN

Assalamualaikum.....

Baru-baru ni di tempat kerja puanwife di kejutkan dengan berita 2 kematian yang berbeza di bulan puasa..... satu tu meninggal secara mengejut lewat petang lagi beberapa jam sebelum waktu berbuka. Satu lagi meninggal ketika sedang menjamah makanan waktu berbuka puasa, dengarnya arwah tersedak muntah darah terus meninggal..... al- fatihah untuk mereka.

Begitulah kita.... tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Entri kali ini bukanlah bermaksud untuk mengaibkan sesiapa, sekadar ingin berkongsi bersama dan peringatan kepada kita semua terutama en husband yang jauh di mata yang gemar makan di gerai-gerai luar supaya lebih berhati-hati. Bagi mengelakkan terkena santau melalui makanan amalkan doa seperti di bawah ni..... Insyaallah boleh menjadi pendinding diri. Doanya mudah untuk di hafal, jadikan amalan setiap kali hendak makan ye en husband. Bagi wanita di luar sana... jangan senang-senang terima / makan makanan yang di beri oleh orang lain. Sekiranya orang itu kelihatan seperti mencurigakan bacalah doa seperti di bawah.... dengan izin Allah, Insya'allah terhindar dari segala perbuatan jahat yang memudaratkan.


 Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


-----------------------------------------------



 

Selasa, 7 Ogos 2012

BERBUKA PUASA di PICC 2012


Alhamdulillah.......akhirnya plan untuk celebrate birthday en husband di Putrajaya International Convention Centre (PICC) berjaya!!! Hadiah pun dah bagi...makan-makan pun dah kenyang, happynyaaa...... kalau tahun lepas konsep sahara yang di ketengahkan oleh PICC tahun ni berkonsepkan Bazar Ramadhan 1 Malaysia. Harga?? ermm... agak berpatutan juga sesuai untuk seisi keluarga dengan view satu putrajaya ditambah lokasi yang menarik. Makanan yang di hidangkan sedap dan menyelerakan. Kemudahan seperti surau di sediakan di tingkat satu ... surau pun cantik dan selesa. Yang paling best sekali korang semua tak payah risau, sebab parking adalah PERCUMA dan banyak  serta selamat. Keseluruhan untuk berbuka di sini saya bagi    4 bintang !!!. Tok sah cerita banyak-banyak...jom kita layan gambar kat bawah nih.


Decoration Pintu masuk yang menarik

Harga yang berpatutan
RM 60 nett Adult
RM 29 (kanak-kanak 6-12tahun) dan
PERCUMA bagi kanak-kanak bawah 5 tahun



Konsep Bazar yang di ketengahkan.... lebih kurang ada 18 gerai di situ
Ada Western Cuisine / Malay Cuisine / Arab Cuisine



Kami memilih Arab Cuisine sebagai pembuka dahulu....
  the food is very the sedapp !!!



Menikmati makanan sambil layan alunan ghazal.....




dan pemandangan seluruh Putrajaya..... rOmantiknye

Inilah Putrajaya International Convention Centre (PICC)
yang terletak di atas bukit




Amacam u olls?? cukup tak info yang puanwife bagi kat atas tadi??What ??!!! nak tahu hadiah apa puanwife bagi dekat en husband???!! isk... melampau sungguh u olls ni tau. tak suka kita....... tengokla nanti, kalau rajin i kasi up hadiah untuk en husband ye. K, papai..... 


Khamis, 2 Ogos 2012

ASID FOLIK mengurangkan KEGUGURAN

Ehem..ehem... sorry hari ni entry pasal kehamilan dan keguguran lagi , huhuhu :P. Bukan apa ianya sebagai satu persediaan yang besar buat kami berdua sebelum betul - betul bersedia untuk kehamilan kali kedua ni. Seperti yang sedia maklum... puan wife pernah mengalami keguguran setahun yang lepas. Makanya... kajian demi kajian perlu di lakukan sebagai persediaan sebelum menerima berita kehamilan kali kedua. Almaklumlah... kami ni weekend husband and wife, jadinya info kesihatan dan kehamilan penting untuk puanwife di masa akan datang.

Rata-rata orang ramai bercerita tentang asid folik ni....termasuklah doktor dan teman baik puanwife itu sendiri. Apa itu asid folik??? Doktor pun tak cuba terangkan secara spesifik apa itu asid folik... yang dia cakap kena makan asid folik untuk mengandung.Tanya kawan-kawan pun cakap macam tu juga. Pada tanggapan puanwife itu sendiri asid folik ni adalah pil hormon !!!. wakakaka...... isk, tak nak la makan orang kata makan pil hormon ni boleh jadi gumuks. eewwww....... tak suka okey?!.

Setahun telah berlalu.... asid folik masih lagi menjadi sebutan dan tanda tanya sehinggalah hati ini terdetik untuk bertanya pada pakcik google berkaitan dengan asid folik. Hasil dari penerangan dan pembacaan dari pelbagai forum makanya puan wife berpuas hati dan senang sekali ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa itu asid folik.......

Asid Folik adalah sejenis Vitamin B untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung serta mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Percaya atau tidak Asid Folik juga boleh mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang sebabnya ia membina sel-sel darah baru. Sebab itulah asid folik penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.


Bagi mereka yang sedang merancang kehamilan di galakkan mengambil asid folik 3 -6 bulan iaitu sebanyak 400 mikrogram (mg) setiap hari sehingga kelahiran bayi. Tambahan... jangan lupa elakkan dari meminum minuman berkaffein tau..... boleh rujuk entry ni Kaffein itu PEMBUNUH janin !!!.






 


 

Rabu, 1 Ogos 2012

KAFEIN itu PEMBUNUH janin !!!!!!!!!!!!

Hampir setahun pengalaman keguguran, ketika itu janin baru berusia 2 bulan..... perkara itu sedikit pun tidak melemahkan semangat puan wife untuk mencari punca keguguran itu terjadi. Fobia....trauma.....terkejut.... takut dan seribu satu macam rasa masih menghantui diri ini. Takut kalau-kalau perkara yang tidak di ingini berlaku lagi.......

Apa yang aku makan?? apa yang aku dah buat?? semuanya berlegar-legar dalam kotak fikiran ni...... bila rujuk pada doktor, punca keguguran adalah disebabkan oleh janin itu "cacat" atau tidak sehat... maka sistem dalam badan kita menolak atau erti kata lain tidak boleh menerimanya...........

Itu kata-kata penerangan dari doktor itu sendiri....tapi sebagai ibu yang mengalaminya tidak boleh menerima jawapan tadi. Sebabnya apa pula punca terjadinya janin itu "cacat" ??? Inilah persoalan yang sangat-sangat menyesakkan dada dan kepala otak ni. Sebelum bersedia untuk hamil semula banyak kajian yang telah di lakukan sendiri hasil dari google dan membaca akhirnya......... satu jawapan yang amat pasti rupanya AKULAH pembunuh janin itu sendiri.... bukan KAFEIN !!!

Apesal kau cakap macam tu???.... kerana aku adalah nescaffe addicted. Walaupun telah berkali-kali en husband menasihatinya.... aku tetap berkeras. Iyalah... nonsense!!!mana mungkin kafein adalah penyebabnya....macam tak logik dek akal je. Betul tak nescafe addicted yang lain??? eheheh , Maafkan saya en husband........ itu bukan salah saya sepenuhnya, tapi KAFEIN itu sendiri. Sehari tidak pekena nescafe terasa kehilangan sesuatu....ia adalah sejenis virus yang  telah melemahkan sistem imune dalam tubuh badan saya rupanya.......... haishhh.

Di sini, puan wife nak kongsikan sedikit hasil dari google dan pembacaan berkaitan risiko keguguran akibat pengambilan kafein.Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.Pengambilan kaffein yang tinggi juga dikatakan boleh menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ (iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar /scrotum). (Walaupun kajian ini dikatakn sedikit lemah, tak bermaksud boleh dipendang sebelah mata ) . Bukan itu sahaja, penggemar minuman ber'kaffein" ni akan mengalami masalah kesuburan !!!!. Kajian lain juga menunujukkan wanita yang mengambil 200 mg lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat juga boleh menyebabkan keguguran.Hisshhh.... seramnyeeee.

Amacam??? ngeri tak baca statement tadi?? Maka terjawablah sudah pada ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan puan wife.So, apa tunggu lagi jom kita pakat ramai-ramai hentikan minum minuman ber'kaffein' ni. Ianya memang totally tidak bagus pada mereka yang merancang untuk hamil dan juga kesihatan kita............. semoga puan wife dan anda semua berjaya!!! aminnn.....