Khamis, 2 Ogos 2012

ASID FOLIK mengurangkan KEGUGURAN

Ehem..ehem... sorry hari ni entry pasal kehamilan dan keguguran lagi , huhuhu :P. Bukan apa ianya sebagai satu persediaan yang besar buat kami berdua sebelum betul - betul bersedia untuk kehamilan kali kedua ni. Seperti yang sedia maklum... puan wife pernah mengalami keguguran setahun yang lepas. Makanya... kajian demi kajian perlu di lakukan sebagai persediaan sebelum menerima berita kehamilan kali kedua. Almaklumlah... kami ni weekend husband and wife, jadinya info kesihatan dan kehamilan penting untuk puanwife di masa akan datang.

Rata-rata orang ramai bercerita tentang asid folik ni....termasuklah doktor dan teman baik puanwife itu sendiri. Apa itu asid folik??? Doktor pun tak cuba terangkan secara spesifik apa itu asid folik... yang dia cakap kena makan asid folik untuk mengandung.Tanya kawan-kawan pun cakap macam tu juga. Pada tanggapan puanwife itu sendiri asid folik ni adalah pil hormon !!!. wakakaka...... isk, tak nak la makan orang kata makan pil hormon ni boleh jadi gumuks. eewwww....... tak suka okey?!.

Setahun telah berlalu.... asid folik masih lagi menjadi sebutan dan tanda tanya sehinggalah hati ini terdetik untuk bertanya pada pakcik google berkaitan dengan asid folik. Hasil dari penerangan dan pembacaan dari pelbagai forum makanya puan wife berpuas hati dan senang sekali ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa itu asid folik.......

Asid Folik adalah sejenis Vitamin B untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung serta mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Percaya atau tidak Asid Folik juga boleh mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang sebabnya ia membina sel-sel darah baru. Sebab itulah asid folik penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.


Bagi mereka yang sedang merancang kehamilan di galakkan mengambil asid folik 3 -6 bulan iaitu sebanyak 400 mikrogram (mg) setiap hari sehingga kelahiran bayi. Tambahan... jangan lupa elakkan dari meminum minuman berkaffein tau..... boleh rujuk entry ni Kaffein itu PEMBUNUH janin !!!.






 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai..baca je?? komen la sikit....... (",)