Isnin, 8 Oktober 2012

HAK ISTERI dalam PERKAHWINAN menurut AL QURAN dan SUNNAH

Bismillahirrahmanirrahim.....


Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:

Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.

Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.


Oleh:
Robiatul Adawiyah Mohd
Kolej Universiti Islam Malaysia

HAPPY 1st ANNIVERSARY year 2012

chuppp !!! comercial break kejap.asyik citer pasal haneymoon sana sini je...beri laluan pada tuan tanah utk bercerita tentang rentetan sambutan anniversary nya...waktu wife buat entry ni, wife baru je balik bercuti dengan en husband di Sentosa Island, Singapore. Lepas ni ada lagi 2 trip percutian yang masih KIV. Wahhhh macam hebat je kan??? sambutan anniversary June lepas, sekadar ucapan sms ringkas dari kami berdua saja...tiada hadiah untuk kategori individu, tetapi en husband decide untuk hiburkan hati dengan membawa puanwife melancong , sebagai reward pada diri masing masing.


Terima Kasih en Husband
 
mengimbau detik 365 hari yang lepas, iaitu tanggal 05/06/2011, seorang dara dan teruna

teruna & dara


Disatukan menjadi suami dan isteri yang sah setelah terjerat dalam percintaan cinta kilat mereka




ya cinta kilat... kerana mengambil masa yang singkat untuk mengakhiri hubungan mereka dengan majlis merisik kepada bertunang seterusnya perkahwinan. Mereka kenal atas dasar kawan pada 18.09.2009 iaitu tarikh si dara mula mengenakan hijab. Dari situ si teruna mula usik si dara. Banyak insiden yang menggelikan hati bila sang teruna cuba untuk approach si dara . Bayangkan, tiba-tiba je ada hamper raya atas meja beserta ucapan raya yang tertulis no telefon sang teruna.Rasa seperti di permainkan oleh teman  sepejabat sebab si dara telah mengenakan hijab sepenuhnya....oh skill murid2 dijadikan medium utk mengeratkan silaturrahim (please...dont try this at home) wife tak tau en husband ciplak idea dari mana. Sungguh tak ku duga.....dan dari situlah, bermulanya episod dara dan teruna... bila difikirkan balik mungkin itulah hikmahnya si dara di hantar oleh Allah swt untuk tergerak hati bekerja di sektor awam. Walaupun pelbagai rintangan yang melanda sebelum disatukan, tetapi berkat kesabaran sang teruna, mereka diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang cukup sederhana......


yeaahh..... kami bahagia !!!


 Alhamdulilah...selama setahun bergelar isteri kpd EN HUSBAND puanwife tidak pernah menyesal dengan tindakan cinta kilat kami.Buktinya... berat badan kami pun BERTAMBAH bahagia !!!!!yeaaahhhh....... pada en husband HAPPY 1st ANNIVERSARY. terima kasih kerana
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: menjadi suami terhebat utk sayang :::
"
"
"
"
"
"
"
"
::: menjadi imam kpd sayang :::


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: sanggup susah dan senang bersama :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: tahan dengan kerenah sayang :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: jaga sayang ketika sakit demam :::
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
::: paling best...bawa sayang jalan-jalan :::



  Lots of Luv,
- mrs eLLaida -


Rabu, 3 Oktober 2012

DAY 3 - JOHOR PREMIUM OUTLET


Bangunan JPO Outlet



Hari ketiga ni..kami ke Johor Premium Outlet pula. Aduhhh..... susahnya nak ke tempat ni, sampai sesat jalan kerna malu bertanya, eheheh :P.Senibina bangunan yang di reka memang cantik... macam berada di negara Dubai.....kot, sebab ada pokok Palma tak silap. Tapi apakan daya, penat kelmarin belum hilang ditambah cuaca  panas di waktu itu membataskan kami untuk berphoto-photo... Kat sini banyak la barangan berjenama yang walaupun harga runtuh... kami masih belum mampu membelinya.
So sad....... tak pe la wife pun memang tak berapa minat nak pakai barang berjenama mahal ni.T_______T (sila angkat tangan kebahu mata ke atas ye.....).


Tak sampai 5minit pun kami berada dekat situ..... dah ca alif but. Penattttt dan tak larat jalan-jalan dekat DAY 1 dan DAY 2 tak habis lagi. KL................i miss you!!!!.

Sekian....

Selasa, 2 Oktober 2012

DAY 2 - UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Yeahhh..... hari yang di nantikan sudah tiba.Kali ini, kami akan menggunakan perkhidmatan Bas Odyssey yang telah di booking melalui online dengan harga MYR23.00 sahaja.Seawal jam 6.45am kami sudah berada di perkarangan lobi Tune Hotel. Perasaan teruja tika ini mengatasi perasaan mengantuk.....hehehe :P


Untuk entry jalan-jalan sekitar Singapura boleh rujuk dekat DAY 1 - 1st ANNIVERSARY at UNIKNYA SINGAPURA


sedang menghampiri..........


dan lagi..... tu diaaaaaa, dah semakin jelas Sentosa Resort World


Tadaaaa.... dah sampai. Semua orang berpusu-pusu tidak melepaskan peluang bergambar seperti di atas ni.....time ni cuaca agak baik.

Tepat jam 10.00am pintu gate USS di buka. Tapi sebelum tu...sila pastikan tikett USS anda di bawa bersama. Kaunter tiket USS pun ada.... tapi bagi mengelakkan kehabisan tiket dan masa terbuang untuk beratur panjang...kami memilih untuk membeli online sahaja melalui agent yang boleh dipercayai dengan harga yang murah iaitu MYR145.00 (non peak season) .



Inilah rupa tiket USS...... hanya tunjuk untuk mereka scan
bar code di atas tu dan boleh masuk.

Apalagi...serbuuuu !!!!! En Husband dan orang ramai sedang
beratur untuk masuk ke dalam USS..




Jangan lupa untuk ambil Studio Guide dekat depan pintu masuk USS. 
Dekat situ ada tunjuk Show Time untuk anda tonton secara LIVE.
Jangan lepaskan peluang !!!!

Tunggu apalagi....jom explore Rides and show kat dalam tu. Perghhh, boleh dikatakan semua yang ada dalam tu kami cuba...tapi kami terlepas peluang untuk Character Meet & Greet Marilyn Monroe, character yang paling di tunggu-tunggu tapi terlepas jua akhirnya.......harus repeat!!!. heheheh :P. Street Entertainment plak langsung tak layan.....tak sempat, kepalo pun dah pOning...adOoooiiii. Keseluruhan untuk USS trip kali ni memang TERBAIIIKKKk wa cakap lu.........jom layannnn

 

    :: SCI -FI CITY ::
 The Ultimate 3D Battle

Yang ni paling best … rugi oOOo sapa tak masuk. Tak sangka 3D Battle yang ditunjukkan seolah-olah kita sedang mengembara dlm situasi peperangan robot-robot transformer..
Rating : 6/5 bintang kihkihkih... :P



Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON

Sorry....yang ni puanwife tak naik, en husband je naik seorang-seorang HUMAN vs CYLON ni. Nak tau apa rasa???? rasa tak bersalah pun sebab tak naik benda ni. hua..hua..hua...
gilOs u olls....tengok dalam pic pun dah berselirat LIVE lagi la.




    :: Ancient Egypt ::
Revenge of the Mummy®

Yang ni pun puanwife tak naik...en husband seorang je, sebabnya tanya dekat RIDER GUIDE diorang cakap extreme kelajuan kurang 4second dari battlestar.En husband cakap naik roller coster dalam gelap.. memang anda akan disajikan dengan aksi mendebarkan kerana pergerakkan roller coster dalam gelap yg laju buat anda lebih takut dari pejam mata..



Treasure Hunters®

Macam main keretapi dekat shopping complex dulu-dulu.Sesuai untuk family berkeluarga....budak budak suka la kot.. Rating: 2/5 bintang






  :: THE LOST WORLD ::
WaterWorld™

Yang ni pun best...aksi LIVE yang dipersembahkan oleh stunt man. Memang menarik dengan letupan dan aksi pelakon lagak ngeri. MESTI LAYAN BENDA NI kalau sampai USS... Ada surprise untuk u olls kat sini. Have fun!!! Rating : 5/5 bintang
*Show Times: 12:30pm, 3:00pm and 5:30pm


Canopy Flyer

Yang ni pun bestt.... seolah-olah kita menjadi seekor burung Jurassic yang terbang di awan biru dengan kadar kelajuan yang masih boleh diterima dek jantungku ini.... Rating : 4/5 bintang





Jurassic Park Rapids Adventure®

Kalau nak rasa sidikit basah anda boleh cuba yg ni pulak.. wife  bagi 4/5 rating. Ada part mendebarkan.






   :: FAR-FAR AWAY ::
Shrek 4-D Adventure

Filem kartun SHREK.. Besstttttttt dengan paparan 4D yg cukup menarik. Korang kena try ni jugakkkk. Rating : 5/5 bintang




Donkey LIVE
Mula-mula macam boring.... tapi bila dah mula show tu rasa layan jugakkk. Rating : 3/5 bintang....
*Show Times: 10:45am - 6:45pm (one show every half hour)




                                         Enchanted Airways

Yang ini pun kami layan.. Sesuai utk peringkat kanak-kanak.
Rating : 3/5 bintang







   :: MADAGASCAR ::

A Crate Adventure

Go on an unforgettable river boat ride with our four heroes, Alex, Marty, Melman and Gloria. Naik bot dalam kapal besar....
Biasa-biasa je.... Rating :3/5 bintang




    :: HOLLYWOOD ::
Pantages Hollywood Theater® featuring Monster RockTM

TEATER MUSICAL..... Bosan sikit. Pokcik kat sebelah wife boleh tido plak tengok show ni. Bagi mereka yang gemar tengok TEATER MUSICAL, Layan la kott..... Rating 3/5 bintang
Show times: 11:00am, 1:15pm, 3:30pm and 5:30pm





     :: NEW YORK ::

Lights, Camera. Action!™ Hosted by Steven Spielberg

Kagum tgk set pergambaran yang lengkap dan menarik.seolah-olah kita berada dalam keadaan hujan ribut.... Rating : 4/5 bintang











Isnin, 1 Oktober 2012

DAY 1 - 1st ANNIVERSARY at UNIKNYA SINGAPURA

Assalamualaikum....

Yeaahaaaaaaa...... honeymoon lagi untuk kali kedua di Uniknya Singapura !! Percutian singkat selama 3hari 2 malam adalah hadiah yang paling istimewa dari en husband untuk puanwife sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami bagi tahun pertama pada bulan June lepas,macehhhh en husband. Alhamdulillah...syukran, semoga Allah terus memberkati hubungan ini.........

Perjalanan kami dimulakan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan memandu pacuan empat roda yang mengambil masa kira-kira 4jam termasuk berhenti  di R&R Pagoh. Kami memilih Tune Hotel, Danga Bay sebab ianya ada menyediakan bas ke Universal Studio Singapore (USS) dengan harga yang berpatutan.

Tune Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan Danga Bay

Tiket Bas untuk ke USS

Free Gift dari Tune Hotels

Kami sarankan anda membuat tempahan online untuk pakej penginapan dan juga bas ke USS kerana ianya lebih murah berbanding harga "walk in". Rajin-rajinla ke website Tune Hotel kerana mereka selalu memberi harga promosi dengan nilai serendah MYR8.00 /night. 

Setelah check in, kami berehat sekejap sebelum meneruskan agenda kami mengikut itenerary yang telah di sediakan oleh puanwife sendiri. Kami mulakan pengembaraan ke Orchard Road melalui JB Sentral - City Square Bridge - Singapore mengikut tips dari Mohdzaid.com . Tapi puanwife ambil bas CW5 ke Newton dengan harga tambang MYR2.50 / person. 


Tadaaa.... inilah dia Orchard Road. Pheeewwiiitt, encemnya en husband ni.
 Kemudian kami ke Raffles Place untuk melihat icon Singapura Merlion. Dekat Stesen Raffles ni, kita boleh view Esplanade, Merlion dan Marina Bay Sands seperti dekat bawah ni.......

Merlion Park di Stesen Raffles Place


Nampak tak kat atas tu..... itulah Marina Bay Sands


Bugis Street untuk shopping sebagai tanda kenang - kenangan

Dah penat berjalan seharian sampai ke malam.... duit pun dah habis berbelanja kami pun balik ke hotel dengan menaiki bas Express Singapore -Johor tidak jauh dari Bugis Street. Harga tambang SGD 2.40........ lebih kurang MYR 6.00 duit kita. 


Ini adalah Map MRT & LRT sebagai rujukan


Malamnya kami jalan-jalan sekitar Johor untuk supper... Kalau anda ke Johor, destinasi yang harus anda cuba adalah gerai makanan Kacang Pool Haji. Gerai makanan yang paling popular di Johor.


Kacang Pool Haji....mesti cuba !!!


Inilah menu Kacang Pool... haa, mesti korang ingat pulut kacang kan???? wife pun sama....... hua..hua...hua.... harga sepinggan MYR 4.00 sahaja.


Okey.... next entry, puanwife akan kongsikan bersama pengalaman seharian di Universal Studio pula, stay tuned!!!.